WAZAP adalah platform online yang akan membantu anda menghantar mesej WhatsApp dari phone anda, terus ke prospek atau pembeli secara automatik. Ianya berfungsi sama seperti versi Whatsapp Web, ditambah dengan sistem automasi.
Hanya perlu sambungkan WhatsApp anda di sistem dashboard WAZAP menggunakan imbasan kod QR dan ianya akan berfungsi 24 jam tanpa anda perlu hidupkan komputer/phone pada setiap masa. Semua mesej yang dihantar melalui sistem WAZAP dapat dilihat di dalam aplikasi Whatsapp di phone anda.
Nak cuba dulu WAZAP? Pilih Plan WAZAP PRO dan selepas mendaftar, anda boleh terus guna selama 3 hari, tanpa perlu apa-apa pembayaran mahupun credit card. Anda juga boleh mendapatkan promosi terkini Plan WAZAP yang sangat berbaloi!
Tidak Perlu. Anda cuma perlu mendaftar menggunakan emel sahaja. Tiada bayaran dikenakan bagi akaun trial ataupun free. Semua sistem pembayaran diproses oleh pihak payment gateway kami yang selamat. Kami tidak menyimpan sebarang maklumat kad kredit anda.
Tidak sama sekali. Setiap mesej adalah encrypted end-to-end. Kami tidak menyimpan kandungan mesej dalam apa jua bentuk sekalipun. Mesej anda hanya diproses oleh webhook bagi tujuan autoresponder & chatbot pada ketika ianya dihantar sahaja. Sekiranya anda memerlukan data daripada mesej yang diterima, anda boleh menggunakan integrasi webhook untuk simpan data di platform pilihan anda, seperti Google Sheet, dan lain-lain.
Untuk unlink, di aplikasi Whatsapp di dalam phone anda, pergi ke Settings > Linked Devices > Tap pada device "Google Chrome (Ubuntu)". Anda perlu scan QR code semula untuk kembali menggunakan WAZAP.
Kami membenarkan anda memilih untuk membayar langganan secara âManual Paymentâ menggunakan FPX Online Banking, atau secara âAuto Recurring Paymentâ menggunakan Kad Kredit atau Debit ( Caj Perkhidmatan Kad Kredit/Debit Akan Dikenakan Sebanyak 5%). Sekiranya anda memilih untuk bayar menggunakan FPX Online Banking, anda harus memperbaharui langganan anda secara Manual setiap bulan@tahun. Bagi bayaran menggunakan Kad Kredit/Debit, langanan anda akan diperbaharui secara automatik.
Kemungkinan untuk diban dari sistem kami sangat rendah, kecuali anda menggunakan WAZAP untuk menghantar mesej pukal yang berjumlah sangat besar dan terlalu kerap. Pemasaran seperti Spam atau menghantar mesej secara pukal boleh menyebabkan nombor anda dibatalkan atau diban. Disyorkan menggunakan nombor khas untuk tujuan notifikasi sistem sahaja. Sila rujuk blog kami untuk tips bagi mengurangkan risiko di ban oleh Whatsapp.
Tentu sekali!, kerana fungsi webhooks memungkinkan anda menghantar mesej kepada pelanggan anda melalui platform apa pun yang support webhooks. Anda juga boleh menggunakan fungsi Chatbot sedia ada untuk membina Autoresponder kepada pertanyaan pelanggan anda supaya anda tidak perlu lagi copy-paste jawapan ataupun terpaksa berjaga malam membalas setiap mesej!
Ya boleh, kami telah membuat satu plugin khas yang dapat diintegrasikan dengan website woocommerce bagi menghantar notifikasi order & status order kepada pelanggan secara automatik melalui Whatsapp.
Jumlah mesej yang boleh dihantar adalah bergantung kepada jenis plan yang anda langgan. Sila rujuk page Plan untuk senarai limit.
WAZAP membolehkan anda menghantar mesej dalam bentuk teks, gambar, video, fail dan juga template balasan Chatbot.
Anda boleh rujuk plan yang ditawarkan di WAZAP. Setiap nombor Whatsapp mewakili 1 Device/Phone. Setiap plan memiliki jumlah Device yang boleh digunakan di dalam satu akaun WAZAP.
Sudah Tentu! Setiap langganan WAZAP wajib menggunakan nombor Whatsapp anda sendiri, tidak kisah sama ada akaun anda adalah âWhatsApp Biasaâ mahupun âWhatsApp Businessâ. Anda cuma perlu gunakan opsyen "Linked Devices" untuk menggunakan WAZAP.
Tidak, WAZAP adalah satu sistem persendirian dan tidak mempunyai kaitan, sokongan, atau pembiayaan dari WhatsApp/Meta. WAZAP juga termasuk dalam kategori Produk Unofficial WhatsApp API. Kami tidak akan bertanggungjawab atas sebarang tindakan yang diambil oleh pihak WhatsApp atau pihak lain terhadap pengguna.
Secara dasarnya, boleh! Tetapi anda harus pandai mengurus penerima yang sememangnya telah memilih untuk menerima mesej. Menghantar mesej secara pukal ke nombor yang tidak dikenali boleh meningkatkan risiko nombor anda dilaporkan sebagai spam oleh penerima.
Ya, boleh. Anda hanya perlu pastikan format nombor Whatsapp betul (bermula dengan kod negara yang betul).
Secara dasarnya, YA. Kami akan cuba memastikan perkhidmatan WAZAP dapat digunakan 24/7 oleh semua user. Walau bagaimanapun, sebagaimana perisian yang lain, operasi maintenance serta software upgrade perlu dilakukan bagi memastikan sistem sentiasa up-to-date dan berada di tahap sekuriti yang baik. Kami memohon maaf terlebih dahulu sekiranya terdapat gangguan capaian WAZAP yang telah menjejaskan operasi harian anda. Sebagai alternatif tanpa gangguan, anda boleh gunakan Meta Official Cloud API.Â