Situasi ni mesti biasa untuk sesiapa yang urus chat pelanggan setiap hari. Anda baru je habis packing order pukul 2 pagi, baru nak lelap mata, tiba-tiba telefon berbunyi. Ada customer tanya, “Satu set harga berapa ya?”. Anda reply pukul 3 pagi sebab semangat nak close sales. Tapi bila bangun pagi, anda tengok ada 15 lagi chat yang belum dijawab. Ada yang tanya pasal postage, ada yang hantar resit bayaran tapi anda terlupa nak confirm, dan ada juga yang dah tanya tiga kali tapi anda terlepas pandang.
Bila chat masih 10 atau 20 sehari, semuanya nampak mudah. Tapi bila dah masuk 100 chat sehari, mula nampak masalah. Response time jadi lambat, lead mula rasa terabai, dan akhirnya mereka beli dengan pesaing yang reply lebih cepat. Sedih kan? Penat buat marketing, tapi duit “bocor” sebab pengurusan chat yang berterabur.
Ramai pemilik bisnes ingat kalau banyak lead masuk WhatsApp, maksudnya sales akan mencanak. Hakikatnya, tak semua chat itu berkualiti. Ada yang sekadar “survey” harga, ada yang tersalah tekan link, dan ada yang memang serius nak beli.
Masalah utama kita ialah kehilangan momentum. Dalam dunia online shopping, kalau anda lambat reply lebih dari 15 minit, minat customer akan mula menurun. Punca utamanya?
Kalau anda nak duit masuk konsisten, anda kena tukar cara kerja daripada “menjawab soalan” kepada “menguruskan jualan”. Ini beberapa tips praktikal yang saya dah apply dalam banyak bisnes:
Jangan bazir masa taip ayat yang sama 50 kali sehari. Gunakan Quick Reply untuk jawapan lazim. Tapi ingat, jangan nampak macam robot. Gunakan bahasa yang mesra dan masukkan nama customer supaya mereka rasa dihargai.
Jangan biar chat bercampur aduk. Gunakan Label untuk asingkan antara:
* Hot Lead (Nak beli sekarang)
* Pending Payment (Dah dapat akaun, belum bayar)
* Existing Customer (Pelanggan lama)
* After Sales (Urusan komplen/feedback)
Dengan cara ni, anda tahu siapa yang perlu diutamakan dulu. Jangan sampai customer yang dah bayar terbiar, sementara anda sibuk layan orang yang baru nak tanya harga.
Rahsia conversion tinggi bukan pada chat pertama, tapi pada follow-up. Ramai orang lupa nak bayar bukan sebab tak nak, tapi sebab terganggu dengan urusan lain. Hantar satu peringatan lembut selepas 24 jam.
Bila bisnes makin besar, anda tak mampu nak hadap telefon 24 jam. Di sinilah anda perlukan sistem. Mungkin anda pernah dengar pasal WATI atau ManyChat. Ya, mereka hebat, tapi kadang-kadang setup mereka terlalu kompleks untuk pemilik SME di Malaysia dan harganya boleh tahan mahal.
Sebab itu saya lebih sarankan WAZAP. Kenapa? Sebab WAZAP direka untuk memudahkan workflow bisnes kecil. Anda tak perlu jadi pakar IT untuk guna.
Berbanding dengan tool luar negara yang mungkin rasa “asing”, WAZAP memberikan pengalaman yang lebih seamless dan pantas untuk setup chatbot yang membantu tapis lead sebelum anda masuk campur. Jadi, anda hanya perlu fokus pada lead yang betul-betul nak beli sahaja.
Ingat, WhatsApp bukan sekadar tempat jawab soalan, tapi ia adalah alat relationship building. Jangan hanya muncul bila nak menjual. Gunakan fungsi Broadcast (secara berhemah) untuk beri tips atau info berguna kepada pelanggan lama. Bila mereka rasa anda membantu, mereka akan lebih senang untuk repeat order.
Kesimpulannya, kalau anda masih rasa penat menguruskan chat sampai tak ada masa nak fikir strategi bisnes, itu tandanya anda perlu tukar sistem. Jangan biarkan sales anda hilang begitu sahaja hanya kerana terlepas satu chat.
Nak mudahkan urusan chat dan tingkatkan sales hari ini?
Jangan biarkan customer anda menunggu lama. Jom cuba WAZAP sekarang untuk automasikan jualan anda.